Selasa, 30 September 2008

Selamat Hari Raya 2008

:与E化么M么个 行么民i
民公¥么
么iDi化 于i个民i
M么么于Z么Hi民
B么个i几...

fadilat puase...


Salah satu kelebihan berpuasa.... awal ramadhan berat aku 83kg .....akhir ramadhan berat aku 76.5kg....lepas raya.....????

Sabtu, 27 September 2008

aktivitas raya

kuih corn flake
tah kuih apa ke nama...
ni keja dia main game je ..nak layan puasa
yang pompuan...nengok tb...bukan nak tolong mak dia...
sorang lagi tengah main air....aku pon jerit ...hei main air heh....lakla...kan kita tengah basuh sepatu...kata dia .....ooooooooooooo...kata aku.
kuih corn flake lagi..

ni la anak aku paling rajin sekali ...dalam semua proses pembuatan kuih dia akan campur tangan...marah camna pon dia tak peduli...
tengah goreng rempeyek
masukkan dalam balang
aktiviti di bulan posa....




selamat hari raya...

http://www.geocities.com/amaklaida/aidilfitri.html

kawin.....

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan.
Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.
Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itudalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuklelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini.
Kita selalusangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hatikita, bahagianya org itu.
Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah)terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepijalan.
Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.
Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikalmencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju.
Padahal si penunggangmotosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta ditgh2 bandar raya.
Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan.Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda,pasti ada baik buruknya.
Demikian juga perkahwinan.
Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat disamping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.
Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alamberumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkanhubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak?
Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?
Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah adayang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?
Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,belajarlah dulu.
Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.
Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat.
Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.
Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tibamasanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. " Seorang teman pernah berpesan.."Kadang2 Allah sembunyikan matahari..Dia datangkan petir dan kilat..kita menangis dan tertanya-tanya,kemana hilangnya sinar..Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." " `Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada...`

berbuka posa..

perjalanan menuju ke airport sepang lagi beberapa minit nak berbuka ...berhenti kat hentian rehat air keroh....bentang tiko...prepare makanan.
so tahun ni merasa gak aku sekeluarge berbuka di perantauan......

how it works1-motor elektrik

Sabtu, 13 September 2008

selamat berpuase

SAYA dilantik penduduk taman di tempat saya tinggal sebagai imam dan diiktiraf jabatan agama tempatan pada masa percalonan dengan ujian tertentu, tetapi malangnya selang setahun berlalu, saya dikejutkan dengan satu berita yang saya tidak layak menjadi imam kerana sifat zahir saya tidak sempurna. Saya mempunyai kaki kanan yang cacat, hanya mampu bertoncet mencecah lantai. Jadi, adakah saya dikategorikan imam tidak sempurna?
Adakah benar tidak sah solat berimamkan saya? Saya harap mendapat penjelasan yang terperinci dan nama kitab untuk dirujuk dan adakah hadis yang bersangkutan dengan perkara ini? HANYA KERANA ALLAH, Johor.

ANTARA syarat sah imam atau jemaah ialah:
(1) Islam
(2) Berakal
(3) Cukup umur
(4) Lelaki yang sebenar (sejati) sekiranya makmum di kalangan lelaki dan khunsa.
(5) Suci daripada hadas dan kotoran.
(6) Baik dalam bacaan dan mengerjakan rukun. Solat tidak sah di belakang imam yang bisu. Begitu juga tidak sah mengikut imam yang tidak berupaya rukuk, sujud, duduk dan mengadap kiblat kecuali makmum sama juga dengan keadaan imam. Mengikut mazhab Maliki disyaratkan imam berupaya menunaikan rukun solat sama ada rukun qawli (perkataan) seperti bacaan al-Fatihah dan fi’li (perbuatan) seperti rukuk, sujud atau berdiri. Sekiranya imam tidak mampu, tidak sah menjadi imam kecuali apabila makmum dan imam sama-sama uzur.
(7) Imam bukan seorang makmum. (az-Zuhayli, al-Fiqh al-Islami, II: 173-79)Berdasarkan syarat di atas, kemungkinan jabatan agama menarik balik percalonan anda sebagai imam. Terimalah dengan penuh keredaan untuk kebaikan semua.

Selain itu, imam yang paling layak di kalangan anggota masyarakat adalah berdasar dua kategori utama iaitu sama ada berdasarkan:
(1) Orang yang paling faqih dan alim (afqahuhum) mengenai hukum solat atau
(2) Orang yang paling baik bacaan dan tajwidnya (aqra’uhum). Imam Malik dan Shafie berpendapat, imam dipilih daripada kalangan orang yang paling tahu mengenai hukum solat dan bukannya yang paling baik bacaannya. Ada yang berpendapat sebaliknya seperti Abu Hanifah, al-Thawri dan Ahmad (Ibn Rushd, Bidayat al-Mujtahid, I: 206).

gambar lukisan nazira dan ee






Gambar kenangan



Projek semasa hari merdeka tahun lepas






Gambar kenangan


Sabtu, 6 September 2008

Selamat berpuase ...

Adab2 tidur...
Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Aisyah bahawa Nabi telah bersabda : “Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk , hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuk . Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri”.
Islam mementingkan tidur dan rehat agar ibadat dan aktiviti seharian dapat dilakukan dengan baik dan seimbang . Malah tidur dapat menentukan kesihatan dan menghasilkan kecergasan dalam diri seseorang . Bukan itu sahaja , tidur bagi seorang muslim juga dikira sebagai satu ibadat sekiranya ia memenuhi adap2 dalam Islam antaranya : -
1. Berwuduk
Sebaik – baik gosok gigi anda sebelum masuk tidur . Malah biasakan diri untuk mengambil wuduk sebelum tidur kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati . InsyaAllah tidur anda akan sentiasa dilindungi daripada gangguan syaitan dan iblis .
2. Perut Tidak Terlalu Kenyang
Pastikan perut anda tidak terlalu kenyang ketika mengambil makan malam . Bukan sahaja tidak elok untuk kesihatan malah boleh menyebabkan perut anda cepat rasa sebu . Perut yang kenyang juga boleh menyebabkan anda cepat berasa mengantuk mahupun menghadapi masalah sukar untuk bangun .
3. Mengingati Kesilapan
Sebaik sahaja anda meletakkan kepala ke bantal , cuba anda ingat semula perkara yang telah anda lakukan sepanjang harian . Sekiranya anda melakukan perkara – perkara yang baik , tingkatkan keazaman untuk terus mengekalkan perbuatan yang baik . Tetapi sekiranya anda banyak melakukan kesilapan dan perbuatan mungkar , berazamlah untuk berubah dan beristighfar memohon keampunan daripada Allah S.W.T
4. Membaca Doa dan Surah Tertentu
Ketika ingin melelapkan mata , amalkan membaca doa atau surah – surah tertentu terlebih dahulu . Pastikan kedudukan tidur anda mengiring ke kanan dan seeloknya menghadap ke kiblat . Rasulullah S.A.W sering mengamal membaca surah Al – Ikhlas , Al – Falaq dan Al – Nas dan kemudiannya dihembuskan bacaan itu di kedua – dua belah tangannya lalu digosok ke seluruh badannya di mana tangannya dapat sampai . Bacaan dan perbuatan baginda ini diulang sebanyak tiga kali berturut – turut.
5. Berazam Untuk Bangun Awal
Anda juga digalakkan untuk membaca surah Al – Kausar sebanyak tiga kali sambil berniat di dalam hati mahu bangun awal . Berazam untuk bangun awal bagi membersihkan diri dan menunaikan solat subuh .
6. Bangun Pagi
Setelah terjaga dari tidur pada waktu paginya , ucapkanlah rasa syukur kepada Allah kerana telah memanjangkan usia lalu berdoa : “Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami sesudah mematikan kami . KepadaNya kami akan dibangkitkan” Kemudian lakukan sedikit regangan untuk melonggarkan otot – otot badan.

Isnin, 1 September 2008

selamat berpuase

Gugur tuntutan sunat muakkad bila bertemu yang wajib

SOALANSaya bekerja secara syif di sebuah syarikat. Dalam sebulan, biasanya dua minggu saya bekerja waktu malam. Bolehkah saya mengambil masa bekerja iaitu kira-kira sejam setiap malam Ramadan untuk menunaikan solat sunat tarawih. Adakah gaji yang saya terima semasa mengerjakan solat itu dikira halal?

JAWAPANSaudara tidak boleh menggunakan waktu kerja untuk beribadat sunat. Walaupun hukum menunaikan solat sunat tarawih ini sunat muakkad. Namun apabila bertemu dengan suatu yang wajib maka gugurlah tuntutan sunat muakkad. Ini kerana kerja yang dipertanggungjawabkan dengan bergaji wajib ditunaikan mengikut lunasnya.
Sekiranya syif saudara bermula jam 8 malam dan habis jam 7 pagi, maka itu adalah waktu saudara diamanahkan berkerja dan jam berkerja itu dibayar imbuhannya.
Dalam pengertian ibadat yang luas, saudara termasuk dalam golongan yang beribadat. Ini kerana ibadat itu bermaksud mentaati perintah Allah SWT dan tidak melakukan maksiat kepadanya.
Dalam hal ini konsep ibadat perlu difahami dalam konteksnya yang luas. Secara umumnya ulama telah membahagikan ibadat ini kepada dua kategori, iaitu; ibadat umum dan ibadat khusus.
Ibadat khusus ialah ibadat yang difardukan ke atas setiap mukalaf untuk mengerjakannya, seperti solat lima waktu sehari semalam, puasa bulan Ramadan, menunaikan ibadat haji dan sebagainya. Sekiranya ibadat-ibadat fardu ini tidak dilakukan tanpa uzur syarie maka si mukalaf itu berdosa. Dosa yang menuntut supaya bertaubat dan taubat dalam meninggalkan fardu ini perlu diqada (diganti).
Manakala ibadat umum pula ialah apa sahaja perkara yang dilakukan oleh seorang hamba yang mukalaf yang membawa kepada kebaikan kepada dirinya, keluarganya serta masyarakatnya. Misalnya, berkerja mencari nafkah untuk diberi anak isteri dan ahli keluarga di bawah jagaannya, bergotong-royong membersihkan kawasan taman atau masjid atau surau, sehingga makan, minum dan tidur juga dikira sebagai ibadat umum.
Maksudnya, kerja saudara di waktu malam di bulan Ramadan juga ibadat. Yang penting saudara pasang niat, bahawa kerja yang saudara lakukan itu demi memelihara maruah diri dan keluarga dengan mencari rezeki untuk mereka. Mungkin saudara terkilan tidak dapat menunaikan solat sunat tarawih, tapi yakinlah bahawa Allah SWT tidak akan mensia-siakan amalan saudara dalam rupa kerja.
Hal ini jelas dalam firman Allah SWT yang bermaksud: Allah dan Rasul-Nya akan melihat amal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan nyata (untuk menerima balasan), lalu Dia menyatakan kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan. (al-Taubah: 94).
Namun demikian, saudara boleh mengambil waktu rehat, atau membahagikan waktu rehat saudara kepada makan dan solat sunat tarawih di tempat kerja saudara. Mungkin waktu rehat yang diperuntukkan sejam, dalam sejam saudara boleh ambil 15 minit untuk makan dan yang selebihnya boleh bertarawih. Untuk melakukan tarawih sebanyak lapan rakaat berserta dengan witir dengan bacaan surah-surah lazim cukup 30 minit.
Apa yang penting bagi kita selaku umat Islam ialah menghidupkan malam-malam Ramadan dengan amalan yang boleh membawa keberkatan dan rahmat Allah SWT.

Kemusykilan Agama Bersama Mohd. Farid Ravi Abdullah
Pengarah Institut Kajian Hadis,
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)