Ahad, 20 Januari 2008

menyusuri sungai muar

berlatarbelakang kan masjid kedua muar
berlatarbelakang kan bawah jambatan
berada di moncong bot Titanic mempamirkan wajah aksen
23dec2007 pada hari ini ..selepas balik melancung kat sungai muao.,kita orang semua balik semula kat van masa tu kkul 6.00pm...malangnya bila nak setat enjin taknak idup....bateri dah kong kali kong..tunggu orang kat tanjung emas ni balik semua ...lepas maghrib baru lah aku tolak van..nak tolak masa tadi orang ramai .....segan lak ...hidupkan pakai tolak sebab bateri dah kojol bukan kajol...Si Rusa pun hiduplah lepas kena tolak...jalan punya jalan ..ngala balik lalu depan rumah kak jah..tetiba mati lagi....talipon samad mintak tolong hantor balik...Nabil pon datang juga memberi bantuan..pendek cerita je lah senang sikit...esoknya cas balik bateri dan tukar alternator pas tu dapat jalan 2 hari je tiba2 tu bateri kojol balik...tukar bateri pulak...lepas jalan 2 hari bateri kojol lagi...ni tak boleh jadi...bawak gi pomen check...rupanya wayer dari bateri ke alternator o/c (open circiut) atau litar terbuka lah bahasa elektronik. Jadi sebenonya bateri asal ok dan alternator asal pon ok..duit Rm400 terkeluar...tapi ....syukur semua dah ok dan alhamdullilah aku dapat satu ilmu untuk trouble shoot masaalah ini akan datang.

Isnin, 14 Januari 2008

Selamat Tahun Baru untuk semua! Ma' al-Hijrah al-Mubarak!

MUHARAM adalah bulan pertama dalam kalender Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah SAW berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah, yang bertujuan untuk menyelamatkan Aqidah pengikutnya, memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri. Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah di dalam bulan ini. Namun demikian larangan ini dimansuhkan setelah pembukaan Makkah (spt Firman Allah dlm Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

DOA DI BULAN MUHARAM
Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

PERISTIWA-PERISTIWA PENTING DI BULAN MUHARAM
1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah. 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari ini juga banyak terjadinya peristiwa penting di antaranya:
Hari pertama Allah menciptakan alam.
Hari pertama Allah menurunkan rahmat.
Hari pertama Allah menurunkan hujan.
Allah menjadikan 'Arasy (singgahsana).
Allah menjadikan Lauh Mahfuz (tempat segalanya ditulis dan dicipta).
Allah menjadikan 'alam.
Allah menjadikan Malaikat Jibril.
Nabi Adam dan isterinya Hawa' bertaubat kepada Allah.
Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
Nabi Nuh dan pengikutnya diselamatkan Allah keluar dari bahteranya sesudah bumi ditenggelamkan selama 6 bulan.
Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari dibakar Raja Namrud.
Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari bangsa Yahudi dari ancaman Firaun dan tenteranya. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara. Penglihatan Nabi Ya'akub yang kabur dipulihkan Allah. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit (sopak) yang dideritainya. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan Nun setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam. Nabi Isa diangkat oleh Allah ke langit dan terselamat daripada tipu daya orang-orang Nasrani.

Semoga kita mendapat manfaat dari apa yang dibaca. Ma'al-Hijrah al-Mubarak. Wallahu 'alam.

sumbangan dari :
azril nawawi

Jumaat, 11 Januari 2008

AWAL MUHARAM



Selamat menyambut awal muharam dan selamat datang 2008.Nampaknya sorang pun tak de bagi maklum balas pada e-mail`selamat tinggal 2007`.Bagus le tu. . . taun ni kekalkan le sipat kita yg malas nak menanya kabo sesama kita.Sepanjang 2007,sebanyak 245 e-mail telah di utus sesama kita iaitu 29 e-mail berkaitan BBQ,31 e-mail berkenaan gotong royong dan selebihnya lain2 hal.Mengikut undian yg di terima(dari abdsamad90@yahoo.com SAHAJA),berikut adalah kupasan dari e-mail di dalam katogeri masing2.Katogeri--Subject--Pengirim--Tarikh.




  1. Paling akhir-BIRTH UNDER WATER-amaklaida-31 Dec 07.Tentang makhluk asing bersidai dlm loyang nak beranak.




  2. Paling eksen-PROUD TO BE ENGINEER-adiwira-24 Sept 07.Segala tentang dia,keja dia,kecangihan dia dan kegigihan dia.Kita sema tumpang bangga sekali.




  3. Paling pendek- OK ,OK -kay kamar-8 Nov.Anak dia buatkan e-mail atas nama dia sendiri.Bangga ooooo.....




  4. Paling saspen-GEMPA-amaklaida-14 Sept 07.Tengah kusus kat Singapore,aleh2 gempa pulak.GEMPAK tul.



  5. Paling mistri-BBQ-amy-21 Sept 07.Aahhh. . .kandungan nya,mistri betul.



  6. Paling kelako-i.UDAH KU BILANG. ii.BACA DULU. iii.KAMU DAN KENTUT MU-abdsamad90-24 Jul 07.Jenaka penglipur lara.



  7. Paling best-UCAPAN PENGHARGAAN-shalehaairport-19 Feb 07.Tentang BBQ,muji2 aku. . . .malu aah. ..heheheh. . .



  8. Paling tersirat-WHY DO WE READ QURAN-abdsamad90-23 Jul 07 dan TARIQAT SECAWAN KOPI-amaklaida-11 Mac 07.Bagus utk renungan.




  9. Paling kontrovesi-BERHENTI KERJA-shalehaairport-13 Feb 07.Nie sensetif nie. . . kang sejarah berulang kembali. . . .


  10. Paling sentimental-BUKAN TAK INGAT-rima rimau-19 Feb 07.E-mail sayang menyayang.


  11. Paling terharu-JANGAN TINGGAL DAKU-mas-12 Nov dan BBQ-nyoketayap-21 Sept 07.Muuaahhh. . . . sedey loo. . .


  12. Paling mendebarkan-UCAPAN-amaklaida-20 Feb 07.Bukak e-mail dia aje dah tepanjat. . . .lom sempat baca lagi. . . .

  13. Paling berbudi basa-UCAPAN-feiza periiitt-20 Feb 07.Dia siap muji2 UMNO lagi sebab pinjamkan kosi meja.

  14. Paling awal-ON LINE ALBUM-adiwira-4 Jan 07.Cuba klik kat situ,habok pun tara.

Tu aje le yg sempat di rakam,tapi ada satu e-mail yg di anta pada kita sekaelorga subjek-FANTASTIC-18 Jul 07,pengirimnya GOPAL MUNIANDY NEPAL,ada sesapa kenal?,isik perut e-mail tu ok gak pasal sapa tak de alam sistem kat gumah,bole guna alam keta. . . . amek pintu keta,gantikan ngan pintu gumah. . . . .sapa bukak pintu tu nanti munyi ada kua laaa. . . . . hahahahahahahah. . . . . . . . . . . sekian.SELAMAT TAUN BARU,AZAM BARU,ASBEN BARU,ABANG BARU,PAK TEH BARU.SELAMAT DATANG KE P.E.R.K.E.T.I. salam.















Selasa, 1 Januari 2008

cuti sekolah

ni le kapalterbang yang aku bawak masa aku kerja sembo racun kat ladang kelapa sawit masa muda2 dulu
kereta kebal ni aku yang pasang roda rantai dia
yang ni lak kenderaan masa aku kerja ngan bangsa bangsa bersatu kat momalia