Jumaat, 16 November 2007

CUTI-CUTI MALAYSIA

Sekolah dah cuti. . . panjang polak tu.Eemmmm,apa nak buat ek?Macam patin best le,score 5A,dah tentu mak dia bawak gi shoping2,melancung2,tak pun duduk gumah belek2 adiah yg mak dia bagi.Yang lelain macam-mana? Gamba ni di ambil dari koleksi keluarga semasa camping ntah kat mana agaknya masa cuti sekolah tah bila agaknya. . . . .














. . . . . . .tetiba malas pulak nak naip,tengok dan buat le ulasan sendiri.Nanti di keluaran akan datang bole nengok gambar dia orang snoorkling pulak,bye-salam-

s@m@d

Jumaat, 2 November 2007

pemberitahuan dan jemputan

Assalamualaikum,
semua ahli keluarga, anak-anak saudara yang berkenaan
serta keluarga masing-masing,

Selawat atas Nabi Muhammad s.a.w.
dan alfatihah untuk arwah atok haron dan lain-lain keluarga yang tiada,

Alhamdulillah, Ijam dan munira sah dapat pergi haji tahun ini. Jadual penerbangan
bertolak pada 9 December 2007 (malam) dan balik pada 21 Januari 2008. Mak long
nak buat doa selamat pada 1.12.2007 (Sabtu), untuk sama-sama kita mendoakan kedua-duanya
supaya selamat dan dipermudahkan urusan menjalankan ibadat haji dengan sempurna dan
selamat balik ke tanahair dengan haji yang mabrur. Pada hari nak bertolak Atok timah kata dia
nak datang juga, jadi kita buat juga baca doa selamat pendek sebelum bertolak pergi ke tabung
haji di kelana jaya.

Jadi mak long harap anak-anak saudara dapat merancang dan meluangkan masa datang
ramai-ramai masa doa selamat seperti di atas.

Sekian, wassalam.