Selasa, 24 Mac 2009

Asap

tengah syok syok main gitar ngan haziq....tibatiba
terdengar bunyi benda menderu....tengok kat luar rumah gromolan asap 
menuju kerumah aku....jangan jangan asap yang aku jumpa kat tanjung emas 
dulu tak....kata aku dalam ati...
berterabo aku anak beranak keluo rumah.....
rupa-rupa nya...

jabatan kesihatan tengah nyembo gacun nyamok ...aku pun suruh dia
semboh sekali dalam gumah aku....

Perbanyak zikir elak budaya suka mengumpat

Oleh Wan Marzuki Wan Ramli

MENGUMPAT bermaksud bercerita serta menyatakan keburukan atau kekurangan individu kepada orang lain, sama ada dengan nama pelakunya atau individu terbabit memang dikenali orang yang mendengarnya. Mengumpat sememangnya boleh berlaku sama ada ia disedari orang yang melakukannya atau sebaliknya. 

Rasulullah menjelaskan mengumpat ini dalam sabda baginda yang bermaksud, "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya" (Hadis Riwayat Muslim). 

Memandangkan buruk dan hinanya sikap mengumpat ini, ia disamakan seperti memakan bangkai saudara seagama sendiri bagi seseorang yang melakukannya. Manusia waras tidak akan sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri. Disebabkan mengumpat terlalu lazim berlaku dalam kehidupan seharian. 

Hakikat inilah yang perlu direnungkan kita semua. Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain selalunya akan mendedahkan keaiban diri seseorang individu. Perlu diingat seseorang yang membuka keaiban rakan atau seseorang lain akan didedahkan segala keaiban mereka pula di hari akhirat kelak. 

Sabda Rasulullah: "Wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum Muslim, dan janganlah kamu mengintip keaiban mereka. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaiban, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud). 

Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala. 

Sabda Rasulullah bermaksud: "Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering". Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi. 

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya di dunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhanku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab: "Semua kebaikan itu (pahala) datangnya dari orang melakukan umpatan kepada engkau tanpa engkau ketahui". 

Jika pahala orang mengumpat tidak ada lagi diberikan kepada orang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang yang mengumpat adalah golongan manusia muflis di akhirat nanti. 

Memandangkan buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu, perbanyak zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat. Islam menganjurkan beberapa kaedah untuk menghindarkan diri kita daripada terjerumus ke dalam budaya hidup suka mengumpat ini. Antaranya ialah: 

Jika kita mengingati bahawa apabila kita mengumpat, kita akan diumpat balik, sudah tentu kita tidak akan mengumpat. Elakkan berbuat jahat kepada orang yang tidak berbuat jahat kepada kita. 

Manusia perlu memenuhi keperluan intelek seperti mencari ilmu, berfikir, memerhati, menanggapi dan membuat spekulasi. Maka, orang yang melakukan sebaliknya bererti tidak memenuhi keperluan intelek. Tidakkah bererti apabila kita mengumpat bermakna jiwa kita jahat? Luar nampak cantik, tetapi di dalam sudah busuk dan berulat. 

Ingat dosa. Larangan Islam terhadap perbuatan mengumpat sudah cukup untuk memotivasikan diri setiap individu. Tidak ada manusia normal sanggup memakan bangkai seseorang. 

Imam al-Ghazali ada menyatakan enam perkara mendorong seseorang itu mengumpat: 

Ingin memuaskan hati disebabkan kemarahan yang memuncak hingga sanggup mendedahkan keaiban dan kesalahan orang lain. Jika kemarahan tidak dapat dikawal, ia boleh menimbulkan hasad dan dendam; 

Suka mendengar dan mengikuti perbualan orang yang menyerang peribadi dan kehormatan seseorang; 

Mahu bersaing dan menonjolkan diri dengan menganggap orang lain bodoh dan rendah; 

Disebabkan dengki, dia iri hati dengan orang lain yang lebih beruntung dan berjaya, seperti dinaikkan gaji dan pangkat; 

Bergurau dan suka berlawak untuk mencela dan mengatakan kelemahan dan kecacatan hingga mengaibkan orang lain; dan 

Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak dan sombong kerana memandang rendah orang lain

Sehubungan itu, Imam al-Ghazali menyarankan lima perkara untuk menghentikan sikap suka mengumpat, antaranya iaitu,
 harus sedar dan insaf mengumpat dan memburuk-burukkan orang lain itu berdosa besar;  insaf dan membetulkan kesalahan sendiri daripada menyalahkan orang;
 hendaklah berasa malu apabila memperli kecacatan orang lain. Ini kerana mencela kecacatan  fizikal seolah-olah mencerca Tuhan yang menciptakan. 

Perlu diingatkan ada beberapa kelakuan yang tidak dikatakan sebagai umpatan bahkan menjadi harus seperti seorang isteri yang mengadu kepada hakim untuk mendapatkan keadilan. 

Maka isteri sudah tentu perlu menyatakan keburukan si suami untuk dipertimbangkan oleh hakim. Begitu juga dengan umpatan yang dilakukan seseorang terhadap individu yang zalim. Kisah hidup masyarakat dipaparkan melalui TV, filem dan cerpen dan novel juga bukanlah bersifat umpatan kerana ia terlalu umum demi membentuk naratif sebuah cerita dan kisah hidup sebagai teladan khalayak umum.

Ahad, 22 Mac 2009

Race

Umrah2009


tok timah dan tok mat baca doa sebelum begerak ke KL dalam
perjalanan untuk menunaikan Umrah,turut menyertai sama kak saleh,
kak kamar dan mariam yang menunggu di KL

anak cucu sedara mara yang hadir 

samad sekeluarga dan aku menyusul esok nya
ke KLIA bertolak dari muar  kul 8am 19mac09

bersiap siap untuk check in


melambai-lambai lagi hingga hilang kelibat dari pandangan

pergi lagi meninjau ninjau men-tahu nampak lagi kat ruang tinjau....
tapi apa yang ada kapalterbang" melepas " kata Tia makyah
pastu balik....

Makan cendol di gerai Leman Dawi

Jam 2.15pm...sampai sampai je..nengok kete banyak...
datang dekat tengok orang berbaris panjang
akhirnya dapat menjamu tekak dengan cendol leman dawi. Masa tu cendol kacang ,tapai dan lain lain habis tinggal cendol biasa je..
kelihatan orang masih berbaris panjang lagi...
leman dawi (pakai topi merah) tengah top up air barli dah abis...
bayar sekali ..tak cukup tambah lagi sampai puas ...suma percuma.
memang fantastic la leman dawi....

melancong ke filipina

membelakangi jembatan lutongbahay
tiang kebebasan puak sentagaya
diatas jambatan lutongbahay
dataran palawanprampong giro
dijeti tinola

bengang

haziq pon benggang
aku pon benggang
nazira pon benggang
suma gara gara pi-ee masa jalan round round keliling kota ..tiba tiba nak membeser lak..

Isnin, 9 Mac 2009

Rasulullah

Rasulullah 

Rasulullah dalam mengenangmu.. 
Kami susuri lembaran sirahmu 
Pahit getir perjuanganmu.. 
Membawa cahaya kebenaran 

Engkau taburkan pengorbananmu 
Untuk umatmu yg tercinta.. 
Dia terpaksa rengkuh derita.. 
Cekalnya hatimu menempuh bahaya 

Tak terjangkau tinggi pekertimu… 
Tidak tergambar indahnya akhlakmu.. 
Tidak terbalas segala jasamu.. 
Sesungguhnya engkau rasul mulia.. 

Tabahkan hatimu menempuh cobaan.. 
Mengajar arti kesabaran.. 
Menjulang panji kemenangan.. 
Terukir namamu di dalam al-quran.. 

Rasulullah kami umatmu 
Walau tak pernah melihat wajahmu 
Kami coba mengingati mu 
Dan kami coba menggenggam sunnahmu 

Kami sambung perjuanganmu 
Walau kami dicaci di hina 
Tapi kami tak pernah kecewa 
Allah dan Rasul sebagai pembela 

Tak terjangkau tinggi pekertimu 
Tidak tergambar indahnya akhlakmu 
Tidak terbalas segala jasamu 
Sesungguhnya engkau rasul mulia 

Tabahkan hatimu menempuh cobaan 
Mengajar arti kesabaran 
Menjulang panji kemenangan 
Terukir namamu di dalam Al-Qur’an 

harijadi Syafiee


potong kek sempena harijadi syafiee majlis dibuat ringkas gila sahaja...
hanya beberapa ketul orang yang ada ketika itu

pastu gi depan ambil hadiah...

               haziq bagi singgit mak wak dia bagi lima hinggit
program supaya suma orang bagi duit minimum singgit bila hari jadi sesorang itu tidak mendapat sambutan....sebab akak akaknya suma tak berpodeh....dapat duit poket sekolah 
habis lesap dia kijakan...