Ahad, 26 Disember 2010

cuti sekolah penghujung 2010

 
 jamu selera di Salsa TomYam sejurus selamat sampai Sg.Abong
 Haziq nak suma otak otak ni...
 sabar menanti ...
 Di Mydin Melaka,depan Gerai Murtabak Samad
 Mydin tengah ada kan promosi Produk Malaysia
 Di Kelang Kak Kamar ajak pekena restoran Nasi Kandar
 Sabar menanti lagi...
Nazira nak membuta agaknya tapi nasi pataya punya hal sego balik  
Pelanggan setia..murtabak
 Kat rumah kak saleh di jamu ngan Pizza...sedap
 Bebual cerita macam  macam
  
Hei camana gambo ni kejap atas kejap bawah susah aku nak mengarang lah...
 ...cerita tak ikut turutan peristiwa...hentam saja lah

Khamis, 2 Disember 2010

Ulama Saudi cabar pengharaman wanita memandu

JEDDAH 1 Dis. - Seorang ulama terkemuka Arab Saudi semalam mencabar pengharaman memandu ke atas wanita dengan mengatakan mereka perlu dibenarkan lebih penyertaan sosial di negara ini.
Sistem pemerintahan beraja Arab Saudi oleh keluarga Al-Saud mempunyai hubungan dengan ulama-ulama fahaman ketat Wahhabi yang menuntut wanita menutup anggota dari kepala ke ibu jari kaki selain dilarang memandu.
"Para ulama telah mengkaji isu ini dan tiada seorang pun yang menemui ayat dalam al-Quran yang menghalang wanita memandu.
"Saya tidak menganggap hal (memandu) itu sesuatu yang dilarang," kata ketua Pesuruhjaya Promosi Kesucian dan Pencegahan Maksiat kawasan Mekah, Ahmad al-Ghamdi kepada pemberita dalam acara sampingan program memperkasa wanita di Jeddah.
Wanita Arab Saudi tertakluk kepada sistem 'perwalian' yang memerlukan mereka menunjukkan kebenaran daripada bapa, abang atau suami untuk ke mana-mana atau bekerja.
Polis peronda agama sentiasa membuat rondaan di jalan-jalan raya bagi memastikan pengasingan jantina dan wanita berpakaian sopan.
Pemerintah negara pengeksport minyak ini bergelut dengan isu menyederhanakan undang-undang ketat fahaman Islam dalam mazbah Sunah ini yang mana Raja Abdullah telah menggantikan ulama konservatif dengan yang lebih liberal. - REUTERS

Hukum mewarnakan rambut

Soalan 1:
APAKAH hukum mewarnakan rambut bagi lelaki dan perempuan. Adakah ia boleh dibuat untuk suka-suka?
Jawapan:
Menurut keputusan Mesyuarat Panel Kajian Syariah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kali ke-29 pada tahun 2000, hukum mewarna rambut dan seumpamanya hendaklah mematuhi syarat-syarat berikut:
i. Bahan pewarna itu bersih dan suci daripada benda-benda yang diharamkan syarak.
ii. Telap air ketika wuduk dan berhadas besar.
iii. Tidak memudaratkan pengguna.
Perbuatan mewarna rambut juga hendaklah dengan tujuan yang halal seperti untuk berubat, menyenangkan suami dan sebagainya, bukan untuk tujuan yang terlarang atau taqarrub (dekat) kepada zina.
Dilakukan oleh orang yang halal melakukannya, seperti dilakukan sendiri, atau oleh wanita lain, tetapi jika dilakukan oleh lelaki yang bukan mahram, maka yang demikian itu tidak dibenarkan di sisi syarak.

Sabtu, 13 November 2010

Rabu, 13 Oktober 2010

Melaka

masa cuti raya tahun ni...pepagi aku dah keluo rumah nak gi raya la katakan..
singgah dulu kat melaka ,paking kat mahkota parade...suma lom bukak lagi..
aku je terkonteng konteng kat situ...nunggu supa maket bukak...
piee pun posing la...
tak kurang  gak yang pompuan
kamalia dan maknya posing
ee dan kuziq..
pastu jumpa sedara ee...dia ajak naik beca..
nanti dulu begambo dulu kata aku
sampai kat a famosa..aku terang kan ni kota orang portugis dulu mereka buat.
portugis tu sapa..kata haziq..??
pastu ajak naik bukit st.pol
posing lagi..
sampai kat atas suma kondem...takda stamina la..aku je maintain
  
kat atas bukit St.paul ni tak lepas peluang bergambar gak
kamalia dan khairiyah
 turun je bukit kita round tempat lain lak
ni gerbang bangunan merah
sampai je bawah...budak 3 orang nak main main dulu..essskk
pastu naik taming sari lak
banyak lagi yang patut  di fotokan tapi..memory dah full dah...








Ronda ronda ke Tangkak

pada satu hari ..bergeraklah aku tiga beranak naik moto ke Tangkak
lalu jematan kedua muo
piee dan haziq terpesona melihat pemandangan 
nampak cantik sungai muo
perjalanan pun diteruskan tanpa sebarang masalah
dah dekat pun Tangkak lagi 3 batu..dah lepas dah kilang getah
...masa lalu kat situ ..aku tanya ..sapa kentot ni...
sampai lah rumah sewa kamalia..pastu tinggalkan moto kat situ...
balik naik bas....
tunggu punya tunggu...
bas pun sampai ...nak terus duduk belakang sekali..air cond 
pulak tu...bestnya...dah lah suma badan lengoh dan kematu 
lepas nak moto tadi...jauh pastu kongsi tempat duduk...lak
singgah kejap diperhentian bas tangkak 
best lepak lepak ..lama tak nak bas 30-40 tahun ada
tu lah bas yang aku naik tadi...sampai muo ..turun kat teksi stand pagoh
dah bawak dua orang ni...kebulo la..nak makan lah...
pastu  jalan kaki ke balai bomba tunggu orang jempot..
balai bomba muo
kat sengah jam juga menunggu ...baru sampai si rusa...