Hari ini apa yang ingin saya bicarakan adalah mengenai emosi.Setiap kita  mempunyai emosi yang berbeza.
Ada yang ceria sentiasa,ada yang muram  ......,ada yang sedih,malahan ada yang senyum memanjang...........
Walau apa  yang anda rasakan sekarang ini mungkin ingin dikongsikan bersama...suami  tercinta ke ,teman sepejabat ke,teman seperniagaan ke......atau sesiapa sahaja  yang anda fikir dapat menghiburkan anda.
Emosi yang dirasai tidak  kekal  .....kadang-kadang berbeza ....hari ini rasa ceria,mungkin esok akan  berasa kosong saja..............Renunglah diri kita...apa yang belum kita  lakukan,atau sudah lakukan tapi belum cukup mengatasi keinginan.Apa yang masih  terbuku dihati yang belum dilepaskan.Adakah angan-angan masih  lagi  angan-angan.....belum menjadi kenyataan.
Emosi mengatasi segalanya  ,jika kita rasa suka,emosi kita adalah ceria.jadi wajah pun bercahaya.Jika kita  rasa kecewa,emosi kita adalah muram,jadi wajah kita pun kelam.........
Jika  emosi terganggu semuanya tak jadi apa.
Untuk mengatasinya  ,hanyalah kita tak usah sangat banyak fikir,sentiasa bersemangat,yang penting   kita bersyukur kehadrat Ilahi dengan apa yang kita ada,Cuba anda fikirkan apa  yang anda ada tapi orang lain tak ada......dan apa yang orang lain lebih tetapi  anda tak ada.
Renung sejenak di hati sanubari anda.....dunia ini  hanya sementara......fikirlah dengan dalamnya...........jangan lalai mengejar  keduniaan yang pasti amalan kita  akan menjadi timbangan diakhirat kelak..  InsyaAllah.