Sabtu, 25 Jun 2011

Majlis Yassin dan Tahlil 23Jun2011

 bapa mertuaku menunggu kedatangan orang surau
 majlis bermula dengan membaca yassin
 antara yang hadir kakak ipar ku
 selesai yassin dan tahlil
 lepak jep tunggu waktu Isyak.,mereka antara jiran jiran ku
 Solat Isyak
memenuhi ruang tamu
 antara jemputan orang perempuan yang hadir
 kanak sembahyang di ruang tempat orang perempuan.
Alhamdulilah majlis berjalan lancar,Allah kabulkan hajatku
untuk buat kenduri doa selamat dan tahlil untuk Arwah abah ,ibu
 mertuaku juga saudara mara yang telah "pergi " dahulu.

Pelangi



keindahan pelangi muncul di ruang angkasa depan rumahku

Rabu, 8 Jun 2011

Ilmu

1 Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum,berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia.........Petikan ini diucapkan oleh YAB Perdana Menteri Dato Sri Mohd Najib Bin Tun Haji.Abd.Razak.
1 Malaysia membawa aspirasi untuk membaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalinkan perpaduan yang lebih erat.
Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati.keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum.
1 Malaysia juga mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat sebagai slogan 'RAKYAT DIDAHULUKAN,PENCAPAIAN DIUTAMAKAN'

Di sini saya ingin berkongsi rasa berkongsi masa kepada semua,bagi anak-anak kita yang sedang meningkat dewasa yang akan menjadi tulang belakang negara kelak.....wahai anak bangsa janganlah leka dengan kehidupan....bangunlah kamu semua dengan bersemangat waja.........menjadi wira negara dalam apa jua bidang.Berbagai-bagai imbuhan diberikan oleh kerajaan janganlah kamu leka....perlu diingat wahai anak-anak...jangan berbalahan sesama kita,jangan menunding jari sesama kita,majukan diri kita,jadikan kejayaan orang lain pemangkin semangat kita.Jangan irihati serta buruk sangka.

Dengan slogan yang dibawa bermaksud pencapaian diutamakan........saya percaya ilmu adalah segalanya tanpa ilmu bagaimana nak memimpin negara,wahai anak-anak kejarlah ilmu ,tuntutlah ilmu setinggi mana yang kamu terdaya......InsyaAllah

Apa yang kita rasa iaitu perasaan

Hari ini apa yang ingin saya bicarakan adalah mengenai emosi.Setiap kita mempunyai emosi yang berbeza.
Ada yang ceria sentiasa,ada yang muram ......,ada yang sedih,malahan ada yang senyum memanjang...........
Walau apa yang anda rasakan sekarang ini mungkin ingin dikongsikan bersama...suami tercinta ke ,teman sepejabat ke,teman seperniagaan ke......atau sesiapa sahaja yang anda fikir dapat menghiburkan anda.
Emosi yang dirasai tidak kekal .....kadang-kadang berbeza ....hari ini rasa ceria,mungkin esok akan berasa kosong saja..............Renunglah diri kita...apa yang belum kita lakukan,atau sudah lakukan tapi belum cukup mengatasi keinginan.Apa yang masih terbuku dihati yang belum dilepaskan.Adakah angan-angan masih lagi angan-angan.....belum menjadi kenyataan.
Emosi mengatasi segalanya ,jika kita rasa suka,emosi kita adalah ceria.jadi wajah pun bercahaya.Jika kita rasa kecewa,emosi kita adalah muram,jadi wajah kita pun kelam.........
Jika emosi terganggu semuanya tak jadi apa.
Untuk mengatasinya ,hanyalah kita tak usah sangat banyak fikir,sentiasa bersemangat,yang penting kita bersyukur kehadrat Ilahi dengan apa yang kita ada,Cuba anda fikirkan apa yang anda ada tapi orang lain tak ada......dan apa yang orang lain lebih tetapi anda tak ada.
Renung sejenak di hati sanubari anda.....dunia ini hanya sementara......fikirlah dengan dalamnya...........jangan lalai mengejar keduniaan yang pasti amalan kita akan menjadi timbangan diakhirat kelak.. InsyaAllah.