Isnin, 7 Julai 2008

projek hujung minggu 3-1

ini projek kamalia dan khairiyah... wat aiskrim coklat
dan aiskrim vanilla

dah siap untuk dimakan
ini pelanggan yang booking paling banyak....
yang ini nak bagi sedap lagi dia tambah manik manik gula
baru sedap katanya....macam macam
berikut aku panjangkan ilmu nak wat aiskrim jagung atau sukahati ko...
Cara –cara membuat air sekerim jagung
Bahan-bahan ( 1 bekas )
2 1/2 cawan creamer coffeemate
2 cawan susu segar
1/2 cawan gula
1/2 tin jagung krim
sedikit pewarna kuning
Cara-cara
1. Masukkan creamer coffeemate, susu segar, gula dan kacau sehingga ia larut dan sebati.
2. Masukkan pula jagung krim dan kacau sebati adunan.
3. Masukkan adunan aiskrim kedalam bekas dan masukkan kedalam freezer dan biarkan ia setengah beku.
4. Bila telah separuh beku, keluarkan adunan aiskrim dan masukkan adunan kedalam mixer dan pukul aiskrim sehingga ia gebu dan double up in volume.
5. Masukkan kedalam bekas kembali dan bekukan. Kemudian boleh anda hidangkan.
6. Nota: D menggunakan 1 tin jagung krim dan kurangkan gula kepada 1/4 cawan. Rasa manisnya secukup rasa.

Resepi ihsan
Dari Chef kamal
Orang lain tau makan je…