Isnin, 29 Disember 2008

sekitar perkahwinan cucu Mak nah.





sekitar Aqiqah anak sarel

27Dis08 kul 2.oopm lepas makan kita pon bertolak ke semerah rumah atok niza/sarel

kena cari sg. nibong...ada lorong tegak terus kerumah tu..tapi tak tau masa tu..
ini budak baru datang je dah dapat jajan..

sarel tengah sebok angkat mengangkat makanan..
pastu orang nak ambil gambar dia....malu lah busu...ok lah ambil gambar perut ko dah...

tahlil dah abis....so keluar ke balai ..soru..

haziq cakap ...bah ..bila nak makan...?
dapat gak aku suruh si piee ambil gambo budak yang dibuatkan qiqah tu...
lepas makan bebual ngan orang kampong....
pakcik ni yang banyak pengalaman dan cerita..tetapi fakta fakta nya di betulkan oleh kawannya
pakcik ni tak banyak cerita...ya kan aje..macam aku...sebab tak merokok macam aku
dengo je cerita diaorang borak...hehe..
kul 4pm aku samad balik dulu tinggalkan kak kamar ngan abang amat....

Sabtu, 27 Disember 2008

Maksiat halang tekun beribadat

Oleh Hashim bin Ahmad 

rencana@hmetro.com.my 

APAKAH kita pernah mengalami perasaan malas beribadah? Terasa berat untuk tilawah atau ada kenikmatan ketika membaca al-Quran atau solat?

Atau mungkin berasa susah bangun malam untuk qiyamulail, padahal jam dikunci untuk mengejutkan kita atau telefon bimbit sudah dipasang tetapi ketika berdering, tetap terlelap dalam tidur.


Apa yang kedengaran hanya seperti dalam mimpi dan akhirnya jam dan telefon bimbit mati sendiri atau bangun dengan setengah sedar. Selepas itu, tarik selimut dan tidur lagi. Padahal, biasanya dengan mudah boleh bangun.

Jadi, apa yang sudah terjadi dengan diri kita? Atau mungkin kita pernah merasakan mulut ini terasa berat ketika melantunkan ayat-ayat al-Quran atau mengucapkan salam kepada saudara kita. Atau mungkin kita secara sengaja memlambatkan waktu menunaikan solat?

Terkadang hati rasa meluat dengan rakan di pejabat kerana hal yang kecil atau prasangka buruk. Terkadang kita melalui hari yang kita isytiharkan hari malang atau tidak ada ‘mood’. Makin malang, kita dengan sengaja melanggar perintah Allah. 

Jika hal itu terjadi pada kita, segeralah muhasabah diri. Ada apa dengan diri kita? Keadaan seperti ini jangan dibiarkan begitu saja. Lama-kelamaan ia akan terbiasa.

Seperti halnya penyakit, jika ada gejala, segera berjumpa doktor dan makan ubat agar cepat sembuh.

Begitu pula dengan ruhiyah kita. Kalau sudah ada gejala penurunan anjakan ruhiyah, segeralah kita muhasabah diri. Bagaimana hubungan kita dengan Allah dan apa yang sudah kita lakukan? 

Jangan-jangan kita banyak mengerjakan maksiat hingga menghalang amalan kita. Mungkin kita tidak boleh menjaga daripada melakukan perkara yang makruh, bahkan diharamkan Allah sehingga menghalangi organ tubuh kita untuk beribadah kepada-Nya. Misalnya, kita menggunakan mata untuk menonton drama atau filem yang melalaikan meskipun cuma satu atau dua jam. 

Mungkin mata kita tidak dijaga daripada melihat perkara yang tidak berguna, bahkan mengandungi maksiat. Akhirnya Allah pun tidak menjaga mata kita untuk beribadah pada-Nya. Lalu, mata kita malas untuk bangunkan kita solat malam. Mata kita rasa berat untuk beribadah, rasa berat untuk membaca buku tazkirah hati, rasa berat untuk melihat e-mel yang memberi nasihat. 

Selain mata, telinga juga perlu kita jaga. Boleh jadi kita susah bangun malam untuk bertaqarub kepada Allah S.W.T kerana kita tidak menjaga telinga kita. Telinga kita gunakan untuk mendengar gosip atau muzik melalaikan, bahkan terkadang boleh terngiang-ngiang dalam memori kita kerana seharian yang didengari adalah muzik.

Akhirnya, pada waktu malam, telinga kita tidak mampu mendengar deringan jam loceng bahkan suara azan. Telinga kita rasa berat untuk mendengar tazkirah dan telinga kita bosan mendengar nasihat.

Selain itu, mulut penting untuk dijaga kerana ia banyak menjerumuskan manusia terutama wanita ke neraka. Mulut boleh menjadi sarana ghibah, fitnah dan caci maki.

Mulut tidak dapat kita kawal. Macam air saja mengata perilaku kawan-kawan. Kita tidak kenal pun dengan si polan, tapi mulut kita seronok mengata mereka. Mulut kita juga berat nak berzikir. Kenapa ini terjadi?

Begitu juga hati. Ini adalah bahagian terpenting yang perlu dijaga. Hati ibarat pemimpin manakala organ tubuh yang lain adalah komando. Hati boleh sakit, buta bahkan mati jika semakin banyak berbuat maksiat.

Hati ibarat cermin. Semakin banyak membuat maksiat, maka semakin banyak noda titik hitam di cermin itu. Atau mungkin tidak ada lagi titik hitam tapi sudah jelaga hitam yang susah dibersihkan.

Begitu pula dengan diri kita, semakin banyak kita berbuat maksiat dan tidak bertaubat, kita semakin terbiasa dengan kemaksiatan itu. 

Salah satu yang menyebabkan kematian hati adalah banyak bercanda atau bergurau senda. Kita boleh bergurau senda untuk menceriakan suasana atau menciptakan suasana ukhuwah.

Tapi hendaklah memperhatikan adabnya. Perhatikan dengan siapa juga dan tidak berlebihan, apalagi adanya lelaki dan perempuan dalam satu majlis. 

Tengoklah diri kita. Muhasabahlah diri kita. Jika selama ini kita belum menjaga mata, mulut, telinga, hati dan organ tubuh kita yang lain daripada kemaksiatan, segeralah kita bertaubat dan istighfar diri.

Tidak ada kata terlambat untuk kebaikan. Seharusnya kita sayang jika tidak boleh tadarus al-Quran meskipun hanya terlepas satu hari.

Kita berasa sayang jika tidak ada nikmat beribadah. Jika masih berasa sayang, jagalah diri kita dan Allah akan menjaga kita agar sentiasa dekat dengan-Nya.

Ahad, 7 Disember 2008

perjalanan dan pengalaman ke kelantan

bertolak dari muar lepas maghrib 7.30pm 27Nov2008 dan sampai di kota bahru lebih kurang 6.30am 28Nov2008. Sampai kat rumah bersanggo di Jal Besar..relex jap..tido..tak buang masa ....kul 9.00am bangun terus gi pengkalan kubor kawasan bebas cukai
bergambar jap depan van...
masa round -round tu terserempak ngan abang ngamat ngan anak dia...sopping gak..

balik pengkalan kubor terus singgah kat pantai cahaya tujuh
suma ambil kesempatan bergambar termasuk le kamalia dan khairiyah
bergambar lagi...
singgh jap beli jagung bakar dan sate ikan...sedap....
balik dari pantai cahaya tujuh terus ke tumpat ...berhenti jap bagi laluan ular besar lalu
balik rumah sanggo...makan tengahari....kentucky fried ayam...ijam belanja....
rejeki jangan di tolak....
wak mal pon ke pengkalan kubo....beli barang...mangkuk tingkat dan sebagainya.
kak leha ...sibuk menguruskan barang hantaran....nak jalan jalan pun tak da mood selagi tak siap benda tu...
aida dan kak saleh juga turut membantu....
menjelang malam...berangkat semua gi rumah pengantin untuk majlis pernikahan ,,,
tapi sebelum tu ...dijamu makan dulu...lauk kari daging ada batang keladi...sedap..
lepas sembahyang hajat kat rumah pengantin...suma kita bergerak ke rumah imam untuk upacara nikah kat sana....seberang jalan je....pak imam demam kabonya....sepatutnya wat kat masjid....
lepas upacara akad nikah selamat...baca lafas taklik 
pastu bagi maskahwin kat pengantin perempuan...
ini lah pak imam (kiri) dan pak mertua emi(kanan)
salam pak mertua dan semua orang....pastu abis majlis balik rumah tido.
pepagi lagi kul 9.30am 29Nov2008 berangkat ke pasar besar siti khadijah yang terkenal tu....kalo tak tak sempat gi..ptg dah nak balik...
beli buah salak...
beli sikit cenderamata ...baju dan sebagainya
kul 2.00pm terus gi rumah pengantin perempuan untuk majlis persandingan..hujan turun semakin lebat masa tu...
lepas majlis persandingan...balik rumah...pack baju suma...untuk balik....hujan turun ..dan di jangka akan banjir...suma berebut balik....
depan rumah bersanggo dah macam sawah padi...dah...

panjang cerita kat kelantan tu.......banjir punya hal.....short cut aje lah....perjalan balik melalui jeli dan terus ke grik......mengantuk punya halll...berenti kat slim  river tido jap....
masa aku tido...yang dah bangun..pusing pusing keliling.
bila subuh sampai ...sembahyang kat situ....
ni yang dah sego....
ni yang mengantuk lagi....
ee...pon posing gak guna handpon bapak dia...
short cut lagi.....dari slim river singgah rumah kak saleh...makan tengahari...kul 3pm 30Nov2008 aku bergerak ke rumah kak kamar lak....sempat aku main gitar si sahid...main lagu rock yang aku ingat je ....cam lagu scorpions ,wing, metalica....
malam tu kita round jusco....haziq bergaya kat katilllll
bergambar depan kedai ada patung predator....
kak kamar tangkap gambar aku sekeluarga...
masa balik singah kat bawah kak kamar nak beli beras....
esok nya ...sepas tidor semalam....sampai masa untuk balik....
balik menuju rumah yam...lalu depan jusco yang aku pergi semalam
ni kat kedai komputer low yat...sempat dia bergambar  tuu...

memacam ada...si yam pon meninjau nijau gak...

budakbudak ni dah tak boleh dok diam lari sana lari sini
agak lama tunggu aku membelek barang si haziq dah melepek...termasuk emak dia...tu sebab aku kata jangan ikut bila aku gi sini.....abis nak duduk mana....ya tak ya gak...
aku masih teruja dengan barangan komputer yang ada kat situ...
pastu lepas beli barang kat low yat terus balik ,,,,ternampak patung apa tah...
dok ngekor kereta yam....tunjukkan jalan...
ambil aje gambar apa yang ada kat kl ni...kata aku...
ni lah gaya...bila jalan jauh...
lintang pukang ...cam na nak pakai tali pinggang keledar bila kuatkuasa nanti...
pembantu juru terbang....tukang baca peta..
pilot .....alhamdulillah perjalanan aku sekeluarga tanpa ada masaalah besar dan selamat sampai balik muo....penat tetapi pengalaman yang menarik...