aku tangkap gambar dia.........
Ahad, 25 Mac 2007
Rabu, 21 Mac 2007
RUMAH
Apa khabar semua?Mudah2an sehat sejahtera.Sekadar nak bercerita...rumah aku dah siap renovet,abis gak le kat 5-6 puluh ribu.Kira oK le tu,ngan modal sebanyak tu aku dapat rumah dgn. keluasan hampir 2900 kaki persegi.Walaubagaimana pun ada beberapa perselisihan pendapat antara aku ngan kekawan aku.(abis,sedara mara bukannya geti nak bertanya khabar).Ini adalah pemandangan antara bilek nabil dgn bilek game/stor.Yg molek tu dulunya bilek stor,amacam cun tak?
Ni pulak kat antara bilek mok da ngan tempat dia letak tV.Dinding kayu sema dah tukar pada batu..berduyun2 anai2 kena pindah,siap berpiket lagi.Perabut tu beli kat kedai 2nd hand aje,pas tu cat semula!!
Kat dapor mok da.Kabinet tu murah aje. . .lokal made,dari jauh nampak cantik.Tile `reject`,murah2.
Dapur aku.Harap aje beso,tapi ari2 masak asam pedas,dah tu tak letak daun kesum,aku buat bilek tido aku.Katil saja buat yg kecik bio ajid tak bole tumpang sekaki.(Buat pangkin,pas tu letak tilam lama. . .cadar aje baru)
Antara bilek Amah ngan Im,tempat makan.Tile promosi,corak macam kayu,supplier aku bagi diskaun kaw2.Nak tengok hall aku?...kena datang rumah laaa...kat situ sema perabut baru.Tengok gambar nampak cantik,sebenarnya tak seberapa,banyak yg supplier bagi diskaun,ada yg budak2 tukang aku buat sendiri,ada barang yg reject,cina jual murah2 aku sapu pasal tu tile tak sama corak.Kos untuk betulkan rangka rumah yg tinggi.Sema kayu dah makan anai2,dah tu rumah tu mak buat dulu tak de pailing,tak de beam,apa pun tak de.Dia le enjineer,dia le qs,dia le sub-kon!..Kontrektornya arwah pak debab.
Uniknya rumah aku ......................pernah dengar istilah`rumah sakai,mat salleh duduk`@`rumah mat salleh ,sakai duduk`.Rumah aku ni,bahagian luar satu pun aku tak usik melainkan papan aku tukar batu.Dari luar tak de apa2 beza dgn dulu,melainkan dalam rumah.Aku buat macam tu sebab bajet terhad.Pilling,beam dan tiang besi semuanya pakai tenaga pekerja tak pakai mesen,jadi baki duit tu tak cukup utk aku buat rumah tapi cukup untuk assesories dalam rumah,lagi pun wat pe rumah cantik2 tapi sakit jiwa duduk kat dalam.Lagi pun rumah aku pernah di masuki pencuri,aku tak nak le `pancing` penyangak2 tu dgn bergaya tak tentu pasal.

Ahad, 11 Mac 2007
cuba resepi ini
Nasi Goreng Cina Sumber: Buku Pandai Memasak
Bahan-Bahan:
2 pinggan nasi putih1 cawan udang basah (buang kulitnya)1 cawan isi ayam (direbus dan disiat)1 cawan kacang peas4 biji telur (dipukul)
5 biji cili merah ] ditumbuk5 ulas bawang merah ] 1 pokok daun bawang (dihiris)Garam secukup rasa
Cara:
Panaskan minyak dan tumiskan cili, Kemudian masukkan udang serta daging ayam dan kacang peas. Biarkan selama lima minit, kemudain masukkkan telur sambil dikacau-kacau. Masukkan nasi serta sedikit garam gaulkan rata-rata dan taburkan daun bawang. Bila telah masak angkat dan bolehlah dihidangkan. Semasa menghidang, taburkan daun bawang.

Ahad, 4 Mac 2007
Langgan:
Catatan (Atom)