Sabtu, 24 Oktober 2009
Raya 2009-member datang II
Sabtu, 17 Oktober 2009
keadah nya kawan baik...
1) ka wa n tu bkn mcm main FUTSAL....
Mula-mula kejar...
dah dapat sepak....
2) ka wa n tu bkn mcm main SKATE...
Mula-mula gosok...
lepas tu pijak...
3) ka wa n tu bkn mcm main RAGBI...
Mula-mula tangkap...
dah dapat tendang...
4) ka wa n tu bknnya mcm PAMPERS...
dah pakai..,
buang...
5) ka wa n tu bknnya mcm BARANG KEMAS...
Waktu baru beli pakai...
dah sengkek gadai...
6) ka wa n tu bkn mcm PELANGI...
Hari cerah takde...
hujan gerimis baru muncul...
7) ka wa n tu bkn mcm KERETA...
Rosak sikit..,
jual...
ambik kereta baru...
8) ka wa n tu bkn mcm CHIPSMORE...
kejap ade…..
kejap takde...
9) ka wa n tu bkn mcm BANK...
Bila dah takde duit..,
pegi kat sana ambik...
10) lagi..... ka wa n tu mcm ape ye????
Khamis, 15 Oktober 2009
Warga emas gagal curi peti besi diberkas
MUAR 14 Okt. - Seorang lelaki lanjut usia bukan sahaja gagal melarikan sebuah peti besi malah diberkas pemiliknya ketika dia memecah masuk rumah dua tingkat di Taman Tanjung Baru, Jalan Joned, di sini Sabtu lalu.
Kejadian berlaku pada pukul 11.30 pagi ketika suspek yang berusia 59 tahun memasuki rumah tersebut melalui bumbung.
Bagaimanapun semasa hendak melarikan sebuah peti besi melalui tingkap yang dipecahkan, suspek diberkas oleh pemilik rumah itu bersama anak lelakinya.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohammad Nasir Ramli berkata, pemiliknya menyedari rumahnya dipecah masuk melalui sistem penggera yang dipasang di kediamannya.
Mangsa yang ketika itu berada di kedainya di Jalan Abdullah di sini, memberitahu, sistem tersebut terus menyalurkan maklumat ke telefon bimbitnya.
"Mangsa kemudian bersama anak lelakinya bergegas ke rumah lalu menangkap suspek dan menyerahkan kepada polis," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Jelas Mohammad Nasir, siasatan yang dilakukan mendapati suspek telah masuk ke dalam rumah dua tingkat itu selepas memecahkan bumbung.
"'Suspek kemudiannya memecahkan tingkap dan mencampakkan keluar peti besi itu dengan harapan dapat melarikannya.
"Perkara yang dia tidak tahu adalah walaupun peti besi itu berat tetapi tiada wang atau barang berharga di dalamnya," katanya.
Menurutnya, siasatan lanjut yang dilakukan mendapati suspek berasal dari Kulim, Kedah, dan mempunyai rekod jenayah lampau dalam kes pergaduhan.
Dalam kes berasingan, Mohammad Nasir memberitahu, polis memberkas seorang peragut di Jalan Hashim di sini, kelmarin, tidak sampai 12 jam selepas suspek melakukan jenayah.
"Lakaran suspek berusia 30-an ini diperoleh daripada seorang mangsa ragut. Dalam kejadian itu, mangsa diragut di Jalan Abdullah pada pukul 7.45 pagi," katanya.
Katanya, polis turut menemui beberapa barang disyaki dicuri iaitu tiga buah telefon bimbit, dua kad sim dan wang tunai RM153.
Tambahnya, selain itu, sebatang pemutar skru, satu peket lut sinar disyaki dadah jenis heroin dan tiga peket lutsinar disyaki syabu.
"Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti pembabitan suspek dalam kes-kes ragut yang lain di sekitar daerah Muar," ujar beliau.
Ahad, 11 Oktober 2009
Raya 2009-sedara datang
Raya 2009-serom
Raya 2009 - Sembahyang Raya
Raya 2009-member datang
Sabtu, 10 Oktober 2009
Di suatu pagi,sorang mamat ni pegi la beli kuih
Mamat : Makcik,apasal semua cucur udang makcik takde udang? Bukan ke selalunyer orang jual ada udang kat tengah cucur tu.
Dengan muke selambernyer...makcik tersebut menjawab...
Makcik : Eh,makcik tengok orang jual cucur badak takde pun diorang letak badak..so,makcik pun takde la nak letak udang...
Mamat : ..........