Isnin, 31 Disember 2007

Hobi menjelang 2008



hasil tangkapan aku yang pertama.....tapi aku lepaskan balik...kecik noooo

Sabtu, 1 Disember 2007

ee cunat

sebelum cunat ..tunggu Dr.Ilham...
haziq yg tangkap gambar ni





selepas......terbaring lepak guna mangkok

plastik skop kat tempat tu



Jumaat, 16 November 2007

CUTI-CUTI MALAYSIA

Sekolah dah cuti. . . panjang polak tu.Eemmmm,apa nak buat ek?Macam patin best le,score 5A,dah tentu mak dia bawak gi shoping2,melancung2,tak pun duduk gumah belek2 adiah yg mak dia bagi.Yang lelain macam-mana? Gamba ni di ambil dari koleksi keluarga semasa camping ntah kat mana agaknya masa cuti sekolah tah bila agaknya. . . . .














. . . . . . .tetiba malas pulak nak naip,tengok dan buat le ulasan sendiri.Nanti di keluaran akan datang bole nengok gambar dia orang snoorkling pulak,bye-salam-

s@m@d

Jumaat, 2 November 2007

pemberitahuan dan jemputan

Assalamualaikum,
semua ahli keluarga, anak-anak saudara yang berkenaan
serta keluarga masing-masing,

Selawat atas Nabi Muhammad s.a.w.
dan alfatihah untuk arwah atok haron dan lain-lain keluarga yang tiada,

Alhamdulillah, Ijam dan munira sah dapat pergi haji tahun ini. Jadual penerbangan
bertolak pada 9 December 2007 (malam) dan balik pada 21 Januari 2008. Mak long
nak buat doa selamat pada 1.12.2007 (Sabtu), untuk sama-sama kita mendoakan kedua-duanya
supaya selamat dan dipermudahkan urusan menjalankan ibadat haji dengan sempurna dan
selamat balik ke tanahair dengan haji yang mabrur. Pada hari nak bertolak Atok timah kata dia
nak datang juga, jadi kita buat juga baca doa selamat pendek sebelum bertolak pergi ke tabung
haji di kelana jaya.

Jadi mak long harap anak-anak saudara dapat merancang dan meluangkan masa datang
ramai-ramai masa doa selamat seperti di atas.

Sekian, wassalam.

Sabtu, 27 Oktober 2007

KOLEKSI HARI RAYA 1

Sian. . . . kerenah beberapa ahli keluarga kita,selepas beraya sakan,penat dan keletihan.Mari kita kategorikan tido mereka. Nie anggota keluarga yg ke 5,pangkat `anjang` ngan anak sedara.Tido `feras` ni sebab tak jadi pergi timo tengah kerana arab kat sana tak nak berurusan ngan pempuan.
Nyah. . anak sedara yg ke 9 dlm. salasilah keluarga,anak ke 2 anjang.Nie jenis tido berangan ingat boi-pren le nie. . . . .
Akak sulong/mak long leha. . . . acara tido berirama solo.Selalu berdua,tapi pasangan dia dalam ketogeri lain. . . jeng. . jeng. .jeng. . .
`Alang ngan anjang` dalam ketogeri berkumpulan berirama. . . .
Farid dalam ketogeri tido memenuhkan masa lapang.
Ee,jenis tido2 ayam. . . mata tutup telinga bukak. . . menyampok bila perlu.
Laaaa. . . sapa nama budak ni ? lupa le. . . jenis tido boring !``Bila le nak balek nie``
Nya,nyo,embi,B,ee-enn , entah apa ke namanya budak nie,jenis tido bebas,apa pun bole,bebudak le katakan. . . .dia apa pedulik !!
HaH kO. . . tu dia,tak tau nak letak kat katogeri mana. .hehehe. . .ngalah kan budak kat atas tu sampai ajid pun tak sanggup nak nengok (klik kat gambo utk lebih jelas).Beliau memang peserta favorite dalam acara ini,kalo nak load gambo dia dlm acara ni,bole crash komputer.Apa kata kita prem kan dan gantong kat gumah mak,kat bawah kita tulis ``Picture of the year``,amacam ,ada bantahan ?klik. . . jangan tak klik. .

Khamis, 11 Oktober 2007

Wajah-wajah. . .

Yang kita sayangi. . .
. . . . yang mewarnai zaman silam kita. . . . . . . . . .yang memimpin kita. . . . . . .
. . . . . .mengharungi liku-liku hidup. . . . .

. . . . dengan ketabahan dan kecekalan. . . . . . . . . . dengan keringat dan jerih . . . . . .

. . . . . dengan kesabaran dan tawakal . . . . .
. . . . . . mudah-mudahan . . . . . . . . . . . menjadi panduan . . . . .

. . . . . pada genarasi mendatang. . . . . . .
. . . . . . betapa hidup ini. . . . .
. . . . . . penuh dengan dugaan . . . . . .
. . . . . . muga tuhan cucuri rahmat atas ahli keluarga kita yang telah tiada-al fatihah . . . . SELAMAT HARI RAYA.